Want your
own Fotopage?








 
Reality Memories FotoPage

By: pipi gembol

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Oct-2008 04:45 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya 2008

 
 
Alhamdulilah..raya pun dah lepas....selamat balik ke kampung dan dah selamat balik semula ke utara...seronok sungguh akak tahun ni..rasa macam tak cukup cuti..sampai pg school 2 hari ni asyik menung..sebab dah tau nak start kerja kat mana..sampai macam tu nak habaq mai...

Semoga kita semua diberkati..ampun dan maaf dipohon dari kami sekeluarga...semoga sihat dan dapat bertemu syawal yang akan datang pula...


Tahun ni raya pertama di Chinchin..so pagi raya tu dapat la bergambar beramai- ramai..itupun ada lagi yang tak masuk..family pak long dan pak ngah..seronot..ada yang tertidur...dan menangis...huwaaa..huwa...kat jengka tak sempat nak tangkap gambar ramai- ramai..tahun depan la pulak nampak gayanya..

selamat hari raya kepada mama & umairah
maaf zahir batin
Mon 13-Oct-2008 02:28
Posted by:papa umairah
Siz sunet

Happy Hari Raya 2 u n ur family

lawa baju family wrna orange
Mon 13-Oct-2008 06:53
Posted by:yun
syoknyer raya..selamat hari raya aidilfitri..nak g korea plak ker ni..wah..yoknyer jalan2...sambil kerja..hehehehe ker..kerja sambil jalan2 ha?? Wed 15-Oct-2008 01:34
Posted by:ayam aka zulkml  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 22-Sep-2008 06:21 Email | Share | | Bookmark
entry merah..jangan marah..harap2 raya tahun ni meriah...

 
 
 
heheheh..tajuk tu saje je....tak de apa2 yang menarik pun...kecuali ...ahaaaaa...cuma mama umairah nak tunjuk tudung merah mama yang kilat milat ini..walaupun tudung ni nampak licin tapi rupanya senang dipakai dan tak bergerak pun atas kepala..tudung ni 100% china silk..beli kat China tempoh hari gak...percaya atau tidak!!..bolos saja dinding itu.....heheheh..memang berbaloi...

info: original china silk apabila dibakar terus bertukar kepada debu2 yang berterbangan..yela tak de campuran bahan kimia le katakan..sempat juga tengok demo ni kat china..rasa sayang tgk diaorang bakar kain tu....

Ni masa masa kat sunway carn. last weekend...mama umairah dengan koleksi merah..jangan marah...duit pun dalam bank merah..



ni pula anak gadis yang sedang berlatih jurus ke 14 didalam troley...


Ni pula masa berbuka di rasa mas...umairah belajar dari astro ceria..semua benda dia kata bagus!! sambil angkat ibu jari..mama ikut aje...

salam...hai...baru balik dr china dah nak gi korea lak, yek? bagus betul la sunet ni. Ape pun pun, good luck. mesti seronok kan? Thu 25-Sep-2008 13:12
Posted by:k.ani  - [Link]
Sunet, Selamat Hari Raya...
Moga warna merah tu sentiasa menyemarakkan semangat ko...
Thu 25-Sep-2008 14:33
Posted by:Yinhasni ryiena@yahoo.com


SELAMAT HARI RAYA DARI ZAI DAN HUBBY MR'T'

SILA AMBIL KAD RAYA ZAI JUGAK...THANKS...
Fri 26-Sep-2008 07:53
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 15-Sep-2008 02:40 Email | Share | | Bookmark
okke tak rambut baru saya....

 
 
Sekarang dah tak jadi dora lagi..new style katanya...senang untuk dishampoo dan dikeringkan...amacam ada berani tiru gaya saya?....




Lynn: mama tak beli banyak barang pun..cuma bawak balik pengalaman je..
anyah: heheheh jadi la..dapat glamer dalam fp orang lain..
ayam:dalam beg tu ada bun dan air..pernah satu hari di bulan puasa kitaorang jalan2 ..tetiba je umairah menjerit 'nak nasik..apar...nak air kocong' naya nak carikan makanan untuk dia..so bawak bekal lagi senang..
acik: sekarang pandai tangkap gambar kitaorang jugak guna hp..dan pantang tgk kamera mesti badan meliuk lentok..
syau: word apa lagi..start with B...and B....hampeh tau..aku ngan otai mesti jentik mulut dia bila sebut..satu hari dia tgk tom tom bak..budak dalam tv sebut baldi..dia terus cakap..'mama..ia sebut B....'...hisssssss....tolong!!!!! nak balik kg ni..harus nenek ngan atuk terkejut....
Thu 18-Sep-2008 04:38
Posted by:mama umairah..
Siz Sunet

Chomel nye umairah...

Kjp lgk msti jdk dora blk kan
Fri 19-Sep-2008 06:41
Posted by:yun
hahaha...umaira mencarut ke??hahaha, tula, ko tu suka sgt mencarut dulu...caya la gaya rambut terbaru umaira...classy habiisss.... Thu 16-Oct-2008 11:25
Posted by:tirek
View all 11 comments Add comment


Friday, 12-Sep-2008 03:37 Email | Share | | Bookmark
umairah datang lagi...

 
 
 
Dah beli baju raya semua...yang berkeluarga tema warna apa tahun ni agaknya ye...mama umairah dah siap 2 pasang kebaya....kebaya merah lagi..tapi papa umairah macam tak nak merah...so kena cari tema warna lain...so nampaknya kena cari yang ready made sajork lerr.... umairah tak kesah seperti aiman tak kesah....asalkan baju antekkk.....

kat bawah ni baju raya cina..beli kat cina hari tu..hehehhe tiap hari umairah nak pakai baju ni..dipadankan dengan bedak yang dipakai sendiri oleh tuan punya badan..jadi le tepung gomak...



Ni pulak t-shirt olimpik..tapi umairah akan panggil baju 'atun bejin'...lorat utara okke...yang bermaksud kartun beijing...terror kan anak akak tentang pengetahuan am...hehhehe..crocs tu pun beli kat china..mickey version..sejibik macam yang dijual kat crocs malaysia..tapi akak beli sangat murah..


Ini lagi satu benda yang akak beli kat china hari tu menjadi fav umairah..pantang nak bejalan mesti bawak beg pingu ni..dan sekarang pun fav rancangan tv pun pingu jugak...itu la pasal..

onet.. tak tahan mak tengok 1st pix. dengan bedaknya ANDDDD tangan tu ala2 qiam tgh solat gitu..

bestnya ada anak pompuan eh. boleh dress up itu ini. yang penting dgn rela hati. anak jantanku ini kena ada gambar keta/kapal terbang/kucing baru boleh sarung..
Fri 12-Sep-2008 23:19
Posted by:mommy syau  - [Link]
ayong: mama sentiasa happy tapi lately selalu unhappy sebab umairah baru belajar 2 words keramat yang tak patut disebut dari rumah penjaga dia...hmmmm geram sungguh mama..lagi kita marah lagi dia nak sebut...

syau:bersyukurlah kerana anak teruna nko tidak berminat dengan segala benda yang berkaitan dengan gambar bunga, colorful beads ke atau yang tidak sepatutnya..dia on right track tu...
Mon 15-Sep-2008 04:40
Posted by:mama umairah
alahai sungguh comel anak mama sorang ni...dah pandai bergaya ekkkk umairah ni long? suka acik tgk.....esp ngan new hair style tu....acik suka sangat!!!!.....bnyk betul ole2 mama beli untuk anak dara kesayangan sorang ni Wed 17-Sep-2008 02:32
Posted by:Acik bada_ahmad79@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 04:05 Email | Share | | Bookmark
hobi@minat

 
Oh suamiku memang berdarah pahlawan melayu Melaka..maklumlah sukan yang amat dia minat pun adalah sepaktakraw (zaman melayu Melaka dulu sepak raga kan)...kiranya adalah juga susur galurnya...memang banyak perlawanan yang dia sertai...paling kurang pun dapat hamper..yela tahap taman2 area Kulim ni je..tapi sunet tahu sepaktakraw ini bukan sekadar hobi@ minat otai..tapi lebih daripada itu..Pesanan mam umairah: Main takraw je tau..jangan main mata dengan anak dara tepi court takraw tu....

31 Ogos lepas ada perlawanan sempena merdeka ..kali ni dapat johan...hamper lagi..setinggi umairah..umairah sangat gembira kerana mendapat hamper makanan yang kurang berkhasiat yang tidak pernah dibeli oleh mamanya...satu hari umairah tak makan nasi kerana terlalu gembira dapat makanan yang banyak kandungan msgnya...

Gambar papa keluar metro untuk perlawanan hari tersebut...enjoice ya!


pahlawan melayu Melaka ku...barisan depan..paling kiri...adinda tumpang gembira wahai kekanda...

THANKS ARR DATANG TEGUR ZAI HARI TU KAT JJ....TAK SEMPAT NAK SEMBANG PUN KAN ..TIME TU PLAK TGH BUSY KAT COUNTER PEMBAYARAN TU...
NANTI KALAU ADER GATHERING KITA SEMBANG PANJANG OK...
Thu 11-Sep-2008 05:11
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
MAMA UMAIRAH...


JOM JOIN MAJLIS BERBUKA BERSAMA TEAM FP NORTHERN..

DATE:27 SEP 2008
DAY : SATURDAY
TIME : 6.OOPM
VENUE :RASAMAS@JUSCO PERDA

NAK JOIN JGN LUPA INFO ZAI OK....
Thu 11-Sep-2008 08:47
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
mad..sure la budak2 ko jdi johan..sbb cikgu dia garang..grrrr..hahahha Fri 12-Sep-2008 02:03
Posted by:zulkml aka ayam  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 2-Sep-2008 06:07 Email | Share | | Bookmark
selamat menyambut ramadhan

 
Sempena ramadhan yang pernuh berkat ini..sunet dan keluarga memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat yang jauh mahupun yang dekat...yang baru juga yang lama...semoga amalan kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT....

"Apabila makan di hotel 5 bintang...ingat-ingatlah juga ada insan yang hanya makan dipadang...."


p/s: gambar diatas diambil semasa menunggu waktu melawat arwah apak di hospital besar Melaka..semoga Allah ampunkan segala dosa- dosa apak dan tempatkan beliau bersama golongan orang- orang yang soleh...

ALAMAK MKN ATAS PADANG TU ARR YG PALING BEST... Wed 3-Sep-2008 13:46
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
ayam: umairah..pagi2 lagi dah mintak chu-chu...
zai kulim: bulan puasa ni layan pasar ramadhan mana...hehhehe...p/s; agaknya kita pernah berselisih bahu di Kulim...
Thu 4-Sep-2008 03:50
Posted by:mama umairah
salam ramadhan along & family.....acik minta maaf atas salah silap jugak..... Tue 9-Sep-2008 05:53
Posted by:Acik  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 17-Aug-2008 11:09 Email | Share | | Bookmark
Dalian, China

 
 
 
View all 9 photos...
edited:

Bila check semula gambar rupanya tak de gambar tengah memborong sakan..maklumlah kes lupa daratan bila dah membeli..tapi kat sini sunet share sikit tentang bandar Dalian ni..

Bohai Pearl Hotel yang Sunet duduk hari tu betul- betul ditengah pusat bandar.. Gambar kat bawah ni adalah shopping complex yang terbesar di Asia, Victory Plaza yang diambil dari tingkap bilik sunet..Persoalannya: manakah shopping complex ittew? Jeng..Jeng..Shopping complex ittew adalah seluruh kawasan gambar dan lebih besar lagi. Motif: Ini shopping complex underground yang terbesar..Jika di atas kita boleh tengok jalan dan bangunan pencakar langit tetapi dibawah tanah juga ada satu kawasan yang boleh manusia menjalankan aktiviti seharian mereka..sunet amatlah jakun okke...terasa macam makhluk lord of the ring yang sedang bekerja dibawah tanah..bukan setingkat tapi adala jugak 7-8 tingkat ke bawah...scary kan...



Lagi satu uniknya..kat sini pengangkutan awam memang tip top..tak perlu takut ditipu driver teksi..sure tak kena tipu walaupun mereka tak paham bahasa Inggeris..untuk memudahkan perjalanan dalam bandar..cuma bayar 1yuen/ 50 sen Malaysia untuk menaiki tram dan boleh naik/ turun di mana2 stesen.. bila la kat negara kita ada cam ni ye..

NI la tram tu..pemandunya semua perempuan kerana lelaki tidak berminat kerja ini dengan alasan tidak mencabar...


didalamnya..


Bab makan pulak..bab ni paling sedih..kalau ikutkan hati memang nak balik je walaupun baru sampai..terima kasih kepada pak cik Muqam and family kerana satu2 restoran halal yang sedap dan meyelerakan. Note: makanan kat sana banyak yang tak menyelerakan w/pun halal...

depan restoran Muqam..


makanan yang sedap dan sangat murah juga..


Olimpik 2008...
Oleh kerana terlalu ramai orang dan kawalan keselamatan yang tak masuk akal..kami tidak dapat menghampiri water cube dan stadium sarang burung tu..so ambil gambar dari jauh sahaja..





daaaa..itu sahaja cerita untuk kali ini.....ummmwahhhh..walaupun banyak lagi tempat yang menarik untuk diceritakan...bukan sahaja menarik untuk dilawati tetapi untuk singgah dan menjalankan aktiviti borong sakan.....hehhehehehehhhe..memang berbaloi..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

banyak cerita sebenarnya..tapi tak sempat nak update...3/8 - 8/8 sunet telah ke dalian, China. Present 2 paper je..'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'...akak dah sampai sana pun untuk menuntut ilmu katanya...updated: satu paper telah di invite untuk masuk international journal..alhamdulilah... cerita akan disambung dengan aktiviti2 yang tiada kaitan langsung dengan menuntu ilmu..hehehhe

p/s: bz sangat le sekarang...dari china (8hari)- balik jengka tengok abah sakit (4 hari)-balik utara terlibat dengan konvo (5 hari) tinggal umairah ngan papa kat kampung sebab papa tengah cuti- balik kg untuk ambil umairah (sebab papa tak boleh drive kalau orang tak de jaga umairah dalam keta)....wooowowowowo..akakkkk letihhh...

so..cucila mata dulu dengan gambar2 ini ye....

cukuplah 2 gambar ni dulu untuk menggambarkan yang akak cukup gembira berjalan2 di sana..




wah wah wah..g beijing tuuu...
ermmm..syoknye jalan2....
Wed 27-Aug-2008 01:19
Posted by:ayam aka zulkml  - [Link]
SALAM KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA,......
DARI ZAI...
Fri 29-Aug-2008 15:55
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
along kena jadi adviser ni kalau acik nak gi Dalian....nmpk menarik sgt Wed 10-Sep-2008 03:31
Posted by:Acik  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 31-Jul-2008 05:33 Email | Share | | Bookmark
duhai anak ku...

 
 
 
Umairah ni ada satu tebiat yang mana bila berjalan atau berlari dia boleh terjatuh tanpa sebab..mungkin sebab tersadung kaki sendiri kut...macam mama dia jugak kalau pergi pasar malam mesti papa akan sentiasa sound.."ha sepak tu" sambil muncong nya ke arah kaki payung kat pasar malam tu la....tapi kalau mama jatuh tak le luka- luka..sakit kat bumper adala...tapi kalau umairah jatuh mesti luka...kesian ada nak gelak pun ada..dah tu kat kaki, tangan segala tak de..mesti luka kat muka..hampeh kan + kesian anak aku ittew...

Ni masa jatuh tergolek masa bulan 5 hari tu..hidung kanan jadi mangsa...


Ni lak baru 2 hari lepas..hidung kiri pulak jadi mangsa...


dalam dok tension untuk megawal tangan dia dari megopek keruping luka ittew...mama amat gembira dapat selipar merah...sorry gantung kat frame gambar konvo papa..hehehehe..gumbiranya...

mana berita dari china ni???????? hehehhe cepat long update. tak sabar eden nunggu ni haaaaaaaaaaaaaaaaa Mon 11-Aug-2008 02:54
Posted by:Acik  - [Link]
Alahai kesiannya,
emm sama je ngan Najmi..x pasal2 je dah tergolek..
Biasa ler tu...bdk2 . Kdg2 terlps pandang...tau2 je tergolek...Sabo je lah
Sat 16-Aug-2008 09:57
Posted by:Yinhasni ryiena@yahoo.com
.•:*¨¨*:•. Branded Kids Clothing from UK .•:*¨¨*:•.

.•:*¨¨*:•. http://anythang-u-want.fotopages.com .•:*¨¨*:•.

Beautiful clothes for your little munchkins!!!
New stocks available now!!!
Kindly visit our website for a wide variety selection of imported kids clothing @ http://anythang-u-want.fotopages.com
Tue 19-Aug-2008 16:42
Posted by:anythang u want  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 7-Jul-2008 09:10 Email | Share | | Bookmark
Sehari di Spa Q

 
 
Pesanan: jangan bayangkan suasana seperti di SPaQ TV3 tu ye..tidak ada pekerja yang memakai rambut palsu, bulu mata palsu atau makeup yang tebal...memadai pekerja hanya memakai jeans 3/4, serta dan t-shirt sajork..tiada alunan lagu yang indah melainkan suara tokenya memekik menyuruh anak- anak dia belajar menjadi orang berguna apabila dewasa kelak...tiada cafe disini memadai para pelanggan perlu membeli kacang sendiri di gerai segala jenis kacang diluar kedai yang diceritakan dibawah...hehehhe

Walaupun saloon segak ini biasa sangat..tapi sunet amat suka berkunjung ke sini..bukan sahaja kerana servis yang murah( itu crateria wajib)..tapi memang puas hati...oleh kerana rambut sunet sekarang cantik- cantik sahaja..(dengan jari pun boleh)...jadi sunet ke sini membawa best pren sunet..siapa lagi..umairah le...

Ni le sepanjang hidup best pren sunet ni tak menangis apabila berada dalam situasi begini...boleh le kita tangkap gambar dia..kalau idak...terpaksa la anutie tu potong rambut dia dalam masa 0.003 saat..ultraman pun tak sempat bertukar lagi tau...


Inilah hasilnya...sekarang dah pandai apa itu 'CANTEKK'..sebut paal cantek..panas pun tak pe bila di balut- balut camni...nyonya tu suruh tunduk..tunduk je...asalkan cantekkk...tidak!!!!...best pren ku dah semakin dewasa!!!!!!

alahai...come lote anak mu, pipi gempol Tue 22-Jul-2008 03:28
Posted by:errin amrin_husna@yahoo.com.sg
wahh p gunting rambut kat saloon lg...x nanges plak..bagussss!!! Tue 22-Jul-2008 12:36
Posted by:sz a.k.a mamasarah  - [Link]
Waaaaa..bagusnya Umairah duduk diam2 masa potong rambut..Cantik rambut Umairah, lurus betul..

Rambut si Maisara gak yg x panjang2..Dahla nipis..lambat panjang lak tuh..
Tue 29-Jul-2008 13:14
Posted by:Harni
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 1-Jul-2008 01:42 Email | Share | | Bookmark
Selamat pengantin baru Haris dan Izi..20 &28 Jun 2008

 
 
 
View all 6 photos...
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat~Pak Ucu, Mak Ucu, Umairah Gembol- Gembol~

Ni semasa Dirumah pengantin perempuan, Taman Koperasi Polis Gombak..



Pengantin lelaki merangkap cucu pertama yang kawin sebelah papa..



Bertanggungjawab ke atas sepupu perempuannya..ultraman tiga a.k.a Iman...


Ni lak kat sebelah lelaki..Lupa lak nama Dewan kat area Pandan Jaya ni..


Pengapit lelaki tu dah ada isteri okke...


Ultraman tiga msih lagi hero pada majilis ini....


daaaa......Enjoy the pics ya! ahaks....

Eyow sizy

Leh je msk blog kite, dah x private dah yunakokimu.blogspot.com
Thu 3-Jul-2008 06:48
Posted by:yun
amboi.. umairah tak berganjak bile ada jadi bodyguard dia..gempol2 umairah comelll...
Wah.. masih segak lagi rahmat.. ingatkan dah bergendut .. patut la ko hari2 joging net.. nak kasi sama maintain.. heheheh bagus,,
Sun 6-Jul-2008 23:11
Posted by:ila ajit
kak sunet... akhir nye dpt lagi komen dr diri mue..
well tmn koperasi polis?
sebelah jer dgn sri gombak tu.. uishh..dekat le umah sedara akak dgn umah parent saya..hehehe...

re>
mama UMAIRAH... terima kasih ler bayk2 komen cengitu...heheh..kembang pulak bontot yg makin kembang ni...
Mon 14-Jul-2008 04:20
Posted by:zira & pooh yg comel  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.