Automate your Marketing
with Womplify




 
Reality Memories FotoPage

By: pipi gembol

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Dec-2009 06:38 Email | Share | | Bookmark
What u should do in Kuching?

 
 
 
View all 10 photos...
1) Of course Cat Statues....(checked)


1)Local food....(checked)
wajib cuba-mee kolok, laksa sarawak, mee jawa+ sate, ayam penyet, teh ce peng spesial, nasi ayam kukus
tolong jangan sesekali cuba apabila berada di Kuching: nasi beriani, roti canai, rojak (my personal opinion only)


3)Searching and buying some souvenirs.....(checked)
note: Fabriko, India Street boleh beli kain corak orang ulu yang sangat cantek.


4) crocodile farm.....(checked)
note: setakat buaya kat taman buaya melaka tu..sebelah mata je..kepada sesiapa ingin melihat sekumpulan buaya yang melebihi 4 tan ..sila datang ke sini...


5) Serikin market.....(checked)
note: Sempadan Malaysia dan Kalimantan..betul2 terletak di bawah garisan khatulistiwa..bahang matahari sangat memeritkan kulit..banyak barang dari Indonesia dijual disini..bawa duit dan pilih saja apa yang mau..


6)Satok market.....(checked)
note: dibuka sabtu dan ahad..semua ada dari barang basah sampai le cadar bilik tidur..cari terubuk masin di sini ya!


7) Cat museum.....(checked)
note: Suitable for your children..informative n entertaining!


Kek Lapis dayang salhah.....(checked)
note: to much colours...not good for health (again! my personal opinion)


9) Kuching attractions......(checked)
note: sarawak museum, water front, tebingan boyan...padang merdeka?


9) Last but not least..here in Kuching..I found my anak dara so daring when I asked her to pose!!!..hahhaha





Monday, 12-Oct-2009 08:32 Email | Share | | Bookmark
Hari 4K:Ketawa, Kenyang, Kekurangan tenaga, Kanak-kanak

 
 
 
View all 5 photos...
hari sabtu lepas..satu perjumpaan telah diadakan di rumah gayah..punya la lama tak jumpa dia ni...serba sedikit latar belakang gayah terkini..

life: mempunyai suami yang sangat romantik dan pendiam tetapi macho..orang bayan baru penang..
sekarang depa dah duduk seberang jaya dan mempunya 2 orang puteri yang sungguh comel berbahasa utara..(ayat gayah kepada saya: anak nko cakap utara tak?)hehhehe mesti la...

penampilan: makin kurus..saya terdengki kerana berat dia sekarang 50++ sahaja..dan maintain dengan serkup hitamnya...hehehe

perwatakan: saya berani potong jari...dia tak berubah sedikit langsung seperti mana semasa saya satu blok dengannya di kolej 5..kalau tak masakan anak2 kitaorang ternganga sekejap mendengar kitaorang bersembang...

pagi sabtu yang biasa2 sahaja..kerana otai tak dak..dia pi johor ada course seminggu..saya dapat panggilan dari gayah supaya datang ke rumahnya..dan dia bersedia menyediakan juadah hari itu..yeyey..

ini namanya bihun konflik diri..sbab tuan yang buatnya rendam lama sangat dan hancur..untuk menutup kelemahan..bapak2 udang disusun diatasnya sebagai hiasan...tahap kehancuranan sama dengan nasi goreng mangkuk sebelah..hehehehe..tapi sedap sudah pasti..


anak dara kami pun bergosip di meja lain..rahmah dan umairah..


sebenarnya ada seorang lagi ibu yang patut menyertai kami..tapi dia ada hal la pulak sebelah pagi..so kitaorang pakat2 untuk berjumpa di Tesco..specific..playground tesco..siapa dia..tentulah angah aka senget aka suhaina..sangtlah happening kerana dia bawak Daniel yang comel..oleh kerana happening dan kaun ibu juga sudah fening..saya rasa menyesal kerana sekeping gambar pun tak dak bersama angah dan daniel..

sedikit latar belakang daniel:

penampilan: mat smart ok..jaga remos..pakai kasut n stokin..tak layan la selipar ni..p/s: awas gadis2 diluar sana..

PR: woi..senang bergaul..sentiasa buat kelakar..dan boleh beramai- ramai dengan anak dara kami baring kat lantai tesco..perlu ke anak- anak?

angah, ada tak gambar depa hari tu? vidoe pun oklah...aku nak share kat sini..

ni gambar anak dara sebelum kedatangan daniel..rahmah, asma' dan umairah..semua dah hilang akal..


dan ini ibu yang letih dan fening2...saya dan gayah....kesimpulannya..selain 4K...kami juga dapa berbual tentang 4S..Sex, Study, Shopping and Sengal2 things.....huauhuahhahha...


Thursday, 1-Oct-2009 04:54 Email | Share | | Bookmark
1hb 10 datang lagi..

 
 
 
View all 5 photos...
betapa ku chenta pada mu..katakanlah kau chenta padaku..hehhehe..jiwang sekejap...biasanya anniversary akan disambut pada tarikh perkahwinan..tapi bagi kami tarikh 'kau melamarku dan ku menerimamu' lebih lekat dalam kepala memasing..

so 1/10/09 dah 8 tahun le kami berchenta...berkawan dah lebih lama dari itu...berumah tangga baru 4 tahun..bergaduh..selalu...berkasih..biarlah hingga ke akhir hayat...dan kasih tu biarlah sampai ke syurga...

tahun ni kami mengungkapkan semula kata- kata chenta itu di seoul garden Juru..boleh gitu..mesti nak beromantik kat tempat makan kan..tak taule..meluahkan kata hati atau kata perut...yang penting perut dan hati mempunyai kaitan yang amat kuat..kalau tak..takkan ada bidalan..'gendang gendut tali kecapi..kenyang PERUT suka HATI'...dan kami berdua bersama little princess pun celebrate the time..

buah HATI masing- masing tersenyum setelah kenyang PERUT..


gaya little princess setelah PERUT kenyang..dan bersedia melawan little monster..HATI- HATI anakku supaya gayamu itu tidak dimanipulasikan....


agak- agak ada orang makan HATI tak tgk gambar ni..canteknya gigiku..huahahahhaha


romantik nan ado...sebab serius menunjukkan skill menghanguskan makanan...p/s: udang gril pun sodap..


i love u....p/s: abaikan gambar budak yg sedang bermasalah mencucuk fish ballnya..


Thursday, 24-Sep-2009 06:07 Email | Share | | Bookmark
jika ku punya anak kembar..

 
 
 
View all 5 photos...
raya ke4 tempoh hari akak ditugaskan untuk membawa seorang hero (anak abang ipar ku) dari kuantan balik ke chin chin..bukan mak pak dia tak balik tapi kena singgah di Palong untuk ambik platun di sana pula...maklumlah raya ke5 akan diadakan kenduri arwah apak di chin chin...so kebetulan iman (nama hero ni)...pakai baju sama warna lak ngan umairah..dah macam kembar walaupun hakikatnya iman tua setahun...berdebar jugak nak bawak anak orang jejauh ni..dah la dia ni pandai cari..ibuuuu dia...so terpaksa hari tu akak perasan handle anak kembar yang lain jantina...hehehhe

belum gerak pun dah ada konflik..seram sangat ni..


iman: ibu..ibu...
umairah: tak pe..takpe..elah ada...cantek butang baju iman..


sebelum ni seat belakang jajahan umairah sorang..baik hati bagi iman baring..dia tido tersengguk- sengguk..


yeye..bila dah bangun tido..kita makan kfc kat tangkak..terus iman tak cari ibu dia...hehhehe


serius!!!!!..akakk nak anak kembar lepas ni...otai selalu peleceh akak walaupun nenek sebelah akak adalah kembar..semoga doaku diperkenankan....amin.


Wednesday, 23-Sep-2009 05:11 Email | Share | | Bookmark
selamat hari raya 1430

 
 
 
View all 4 photos...








Selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yang kawan- kawan serta sanak saudara. Mohon kemaafan kerana sms serta mms yang tidak terbalas kerana sibuk juga celcom yang hampeh pada hari raya tempoh hari. Bagaimana seronok tak raya tahun ni? Sunet n family biasa saja kerana bonda tidak sihat.. Kalau orang lain tinggal pose sehari saja..tapi bonda tahun ini dapat berpuasa sehari saja..hmm..dan ketika kami adik beradik berperang di dapur..bonda hanya terbaring di katil...walaupun cikugunya dah habis musim..tetapi bonda yang terkena demam ini terlantar genap sebulan dari 18/8 hingga lah raya..bengkak pada sendi- sendi masih ada..sehingga tidak dapat menggerakkan badan..tambahan bonda ada gastrik...lagila terseksa...semoga bonda cepat sembuh....walaupun begitu..pada pagi raya bonda gagah juga bangun untuk bersalaman dengan anak dan cucu yang dahagakan duit raya...


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net